Rakyat Malaysia juga dihantui oleh kiriman blog yang jahat
Rakyat Malaysia juga dihantui oleh kiriman blog yang jahat
Laporan polis telah dibuat terhadap pembaca yang mengirim komen yang berupa hasutanOleh Carolyn HongSeorang blogger Ameer Zulkifli sudah biasa dengan perbahasan yang hangat dalam blognya, tetapi satu komen yang dikirimkan oleh seorang pembaca dua minggu lalu telah mengejutkannya dengan kejelekan perkauman yang wujud.
Walaupun agak keberatan, dia merasa terpanggil untuk membuat laporan polis terhadap pembaca tersebut kerana memfitnah orang Melayu dan memaki kerajaan.
“Ia mampu membawa saya pada masalah besar kelak,” kata Ameer, seorang perunding pengurusan yang memiliki blog mengenai isu-isu semasa dan politik dalam lamannya Brand Malaysia.
Bawah undang-undang Malaysia, seorang blogger akan dipertanggunjawabkan jika dia membenarkan perbahasan yang menghasut dalam laman webnya.Ameer, 34 tahun, bukan bersendirian kerana seorang blogger lagi, Peter Tan, juga telah membuat laporan polis terhadap pengulas yang sama kerana mengirim pendapat bersifat perkauman dalam lamannya pada 17 September.Polis sedang menyiasat laporan-laporan mereka, yang akan membentuk asas bagi kes hasutan dalam Internet yang pertama.Kini dairi ‘online’, blog-blog amat popular di Malaysia tetapi mereka juga kian menjadi forum untuk menyatakan pandangan-pandangan provokatif mengenai tajuk-tajuk yang dianggap sensitif bagi perbincangan umum.
Para blogger yang menumpukan pada isu semasa sering mendapati laman-laman mereka menarik pandangan-pandangan yang keras daripada pembaca dengan kecenderungan kepada hasutan, fitnah dan pandangan yang membangkitkan kemarahan.“Blog politik sering hadapi masalah seperti itu. Itulah antara keburukan Internet,” kata salah seorang blogger Jeff Ooi, yang mempunyai masalahnya sendiri dengan komen-komen yang keras dalam blognya.Dia kini memantau blognya Screenshots dengan rapi dan membatalkan pandangan-pandangan yang bersifat menghasut yang sering dikirimkan apabila dia membincangkan isu berkaitan kaum.Ooi agak keberatan membuat laporan polis terhadap pembaca tetapi merasakan langkah tersebut memberi isyarat bahawa Internet bukan bebas dari undang-undang.
“Apa yang melanggar undang-undang di luar, begitu juga online,” katanya.Setakat ini, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun mereka tahu adanya kenyataan-kenyataan yang menghasut dalam kiriman Internet.Ini kerana mereka hanya bertindak atas aduan sahaja kerana terlalu banyak bahan dalam Internet, dan sangat sedikit aduan dibuat.Daripada 131 aduan yang dibuat pada Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) sepanjang tahun lepas, hanya satu yang berkaitan dengan hasutan.
Kes tersebut mengenai seorang pembaca 'Anwar' yang telah mengirim komen yang menghinakan dalam laman Jeff Ooi. 'Anwar', seorang pembantu makmal, akhirnya dikesan.Ketua komunikasi korporat MCMC Adelina Iskandar berkata, perkara tersebut masih bersama jabatan pendakwaan, tetapi adalah difahami, bahawa kekurangan bukti teknikal telah memaksa fail tersebut ditangguhkan.Katanya, pihak berkuasa lebih suka menggalakkan pemantauan peribadi kalangan pengguna Internet.
Para blogger, juga, lebih suka pada pemantauan sendiri kerana sikap bertanggungjawab akan memberikan kredibiliti pada karya atau tulisan mereka.
“Jika para blogger bertindak seperti anjing yang menyalak di malam hari, orang ramai hanya akan melemparkan kasut kepada mereka,” kata Ameer.





